Aliran-aliran liberalisme Liberalisme

Terdapat perbezaan pendapat yang mendalam di dalam rangka liberalisme. Perbezaan pendapat ini selalunya membawa kepada perdebatan yng hebat dan garang di antara ahli-ahli liberal. Daripada perpecahan ini dari sudut liberalisme klasik, wujud beberapa pergerakan di dalam liberalisme. Seperti di dalam banyak perdebatan, kumpulan-kumpulan yang bertentangan menggunakan perkataan-perkataan yang berbeza untuk menyatakan kepercayaan-kepercayaan yang sama dan kadang-kala, mereka menggunakan perkataan-perkataan yang sama untuk menerangkan perkara-perkara yang berbeza. Di dalam artikel ini, "liberalisme politik" akan digunakan untuk sokongan terhadap demokrasi liberal (republik ataupun raja berperlembagaan) yang menentang raja berkuasa mutlak atau diktator; "liberalisme budaya" untuk sokongan terhadap kebebasan peribadi yang menentang undang-undang yang mengongkong kebebasan di atas dasar nationalisme atau agama; "liberalisme ekonomik" untuk sokongan terhadap harta peribadi and menentang peraturan-peraturan yang mengekang hak-hak terhadap harta peribadi yang ditulis oleh kerajaan; dan "liberalisme sosial" di mana ia menunjukan sokongan terhadap kesaksamaan and menentang ketidak samarataan peluang. Bagi "liberalisme moden" pula bermaksud campuran bentuk-bentuk liberalisme yang tercatat sebelum ini yang boleh ditemui di negara-negara maju sekarang.

Terdapat beberap prinsip liberalisme yang telah dipersetujui di kalangan liberal:

  • Liberalisme politik adalah aliran di mana seseorang itu adalah asas undang-undang dan masyarakat. Tambahan lagi, masyarakat dan institusi-institusi kerajaan yang wujud di dalam masyarakat berfungsi untuk memperjuangkan hak-hak peribadi tanpa memilih kasih kepada sesiapa yang mempunyai taraf sosial yang tinggi. Magna Carta adalah satu contoh di mana dokumen politik meletakkan hak-hak peribadi lebih tinggi daripada kuasa raja. Liberalisme politik menekankan perjanjian sosial yang mana rakyat merangka undang-undang and bersetuju untuk mematuhi undang-undang tersebut. Ini adalah berdasarkan pemikiran di mana seseorang itu lebih mengetahui apa yang terbaik untuk dirinya. Liberalisme politik mengandungi semua lapisan masyarakat tanpa mengira jantina, kaum atau taraf ekonomi. Liberalisme politik juga menekankan kedaulatan undang-undang dan demokrasi liberal.
"Pelindungan diri adalah satu-satunya tujuan manusia yang benar dari segi peribadi dan masyarakat ke atas campur tangan di dalam kebebasan orang-orang lain. Kuasa tertinggi yang benar hanya boleh digunakan untuk menghalang seseorang dikalangan satu masyarakat yang bertamadun daripada mengganggu [atau mencederakan] seseorang yang lain. Kebaikan fizikal atau moral seseorang itu tidak mencukupi untuk membiarkan dia mengganggu orang lain." (Di dalam bahasa Inggeris: "The sole end for which mankind are warranted, individually or collectively, in interfering with the liberty of action of any of their number, is self-protection. That the only purpose for which power can be rightfully exercised over any member of a civilized community, against his will, is to prevent harm to others. His own good, either physical or moral, is not a sufficient warrant.")
Liberalisme budaya secara umumnya menentang peraturan-peraturan kerajaan di dalam kesusasteraan, seni, akademik, perjudian, seks, pelacuran, penguguran kandungan, penggunaan pengawalan pengandungan, kesakitan muktamad, arak, ganja dan barang-barang kawalan yang lain. Kebanyakan ahli-ahli liberal menentang separuh atau semua peraturan-peraturan kerajaan yang mencampuri hal-hal ini. Negara Belanda, dari segi liberalisme budaya, mungkin adalah negara yang paling liberal di dunia.

Walaupun terdapat persetujuan, sesetengah aliran memaparkan berbezaan pendapat yang mendalam:

  • Liberalisme ekonomik yang juga dikenali sebagai liberalisme klasikal atau liberalisme Manchester adalah satu ideology yang menyokong hak-hak peribadi ke atas harta benda dan kebebasan perjanjian bertulis. Ia memperjuangkan kapitalisme laissez-faire yang mahu membuang semua halangan terhadap perdagangan dan pemberhentian kemudahan yang diberi oleh kerajaan seperti subsidi dan monopoli. Ahli-ahli liberal ekonomik mahu hanya sedikit atau tiada langsung peraturan-peraturan kerajaan di pasaran. Sesetengah mereka menerima halangan kerajaan ke atas monopoli dan kartel dan sesetengah yang lain menyatakan bahawa monopoli dan kartel disebabkan oleh tindakan kerajaan. Liberalisme ekonomik menyatakan bahawa harga barangan dan perkhidmatan harus ditentukan oleh pasaran yang sebenarnya ditentukan oleh tindakan-tindakan pengguna. Ada yang mahu melihat kuasa pasaran bertindak di kawasan-kawasan yang biasanya dimonopoli oleh kerajaan seperti keselamatan dan mahkamah. Liberalisme ekonomik menerima ketidak samarataan sebagai hasil semulajadi daripada persaingan yang tidak melibatkan ugutan yang mengacam hak-hak peribadi. Aliran liberalisme ini dipengaruhi oleh liberalisme Inggeris yang merebak di pertengahan kurun ke-19. Minarchisme dan anarcho-kapitalisme adalah antara bentuk-bentuk liberalisme ekonomik. Baca juga perdagangan bebas, neo-liberalisme dan liberalisasi.
  • Liberalisme sosial atau liberalisme baru (tidak patut dikelirukan dengan neoliberalisme) mula dilihat berdiri di kalangan masyarakat negara-negara maju pada akhir abad ke-19. Ia dipengaruhi oleh utilitarianisme yang diasaskan oleh Jeremy Bentham dan John Stuart Mill. Ada ahli-ahli liberal yang menerima, sesetengah atau semuanya, teori penyalahgunaan Sosialis dan Marxis dan ulasan-ulasan terhadap "tujuan keuntungan" dan membuat kesimpulan bahawa kerajaan seharusnya menggunakan kuasanya untuk menyelesaikan masalah itu. Mengikut fahaman ini, semua individu perlu diberi perkhidmatan asas yang memuaskan seperti pelajaran, peluang ekonomik dan pelindungan daripada kejadian makro yang tidak ditentukan oleh mereka, seperti yang ditulis oleh John Dewey dan Mortimer Adler pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. Kepada liberalisme sosial, kemudahan-kemudahan ini dianggap sebagai hak. Ini adalah hak-hak positif yang berbeza secara kualitatif dari apa yang dibahaskan dari segi klasikal, iaitu hak-hak negatif yang hanya menuntut seseorang daripada mencabuli hak-hak orang lain. Menurut ahli-ahli liberalisme sosial, hak-hak positif ini perlu dibuat dan dibekalkan kepada orang ramai. Menurut mereka lagi, pastian hak-hak positif adalah objektif yang berterusan yang secara asasnya melindungi kebebasan. Sekolah, perpustakaan, muzium dan galeri seni hendaklah dibiayai dengan hasil cukai. Pemikir-pemikir liberalisme sosial menyokong sesetengah sekatan ke atas pesaing ekonomik seperti undang-undang "anti-trust" dan kawalan harga dan gaji. Kerajaan juga dianggap akan memberi kebajikan asas yang dibiayai dengan hasil cukai yang bertujuan untuk membolehkan penggunaan pekerja-pekerja yang terbaik di dalam masyarakat untuk menghalang revolusi ataupun hanya untuk kebaikan sejagat.
Solon dari Yunani.

Pergelutan di antara kebebasan ekonomi dan kesaksamaan sosial hampir setua dengan idea kebebasan itu sendiri. Plutarch yang menulis mengenai Solon (c. 639- c. 559 SM) yang merupakan ahli perundangan di Athens tua menyatakan:

"Solon mengambil berat tentang isu pengampunan hutang; itu adalah caranya untuk memperkuatkan kebebasan rakyat; tiada gunanya untuk undang-undang menyatakan bahawa semua lelaki mempunyai hak-hak yang sama adil tetapi yang miskin mesti mempergadaikan kebebasan mereka kerana hutang, dan, menyebabkan kerusi keadilan dan kesaksamaan, mahkamah, kerajaan dan tempat perbincangan awam dikuasai oleh orang-orang yang berharta." (Bahasa Inggeris: "The remission of debts was peculiar to Solon; it was his great means for confirming the citizens' liberty; for a mere law to give all men equal rights is but useless, if the poor must sacrifice those rights to their debts, and, in the very seats and sanctuaries of equality, the courts of justice, the offices of state, and the public discussions, be more than anywhere at the beck and bidding of the rich.")

Ahli-ahli liberal ekonomik melihat hak-hak positif sebagai melanggar hak-hak negatif dan oleh itu tidak sah. Dengan demikian, mereka melihat kerajaan hanya mempunyai peranan yang kecil. Ada liberal ekonomik yang berpendapat bahawa kerajaan tiada fungsi langsung dan ada juga seperti minarkis hendak mengecilkan peranan kerajaan kepada perundangan, keselamatan dan pertahanan. Liberal sosial sebaliknya ingin membentuk kerajaan yang menjamin kebajikan am rakyat dengan menyediakan makanan dan tempat perlindungan untuk orang yang tidak berupaya untuk menyediakan keperluan tersebut untuk dirinya sendiri, perkhidmatan perubatan, perkhidmatan persekolahan, pencen, kebajikan kanak-kanak dan yang kurang upaya termasuk orang-orang tua, masang-masang balapertaka semulajadi, perlindungan untuk pihak minoriti, pencegahan jenayah dan pembiayaian seni dan sains. Ini sekali gus meninggalkan idea kerajaan kecil. Kedua-dua jenis liberalisme mempunyai tujuan yang sama — kebebasan — tetapi mereka tidak bersetuju bagaimana cara yang paling baik atau yang paling bermoral untuk mencapai kebebasan. Sesetengah parti politik liberal menekankan liberalisme ekonomik dan sesetengah yang lain lebih mengemari liberalisme sosial. Parti konservatif selalu mendekati liberalisme ekonomik dan pada masa yang sama menolak liberalisme sosial dan budaya.

Kesemua bentuk liberalisme mempunyai pendapat di mana terdapat keseimbangan di antara tanggungjawab kerajaan dan peribadi di mana kerajaan perlu menjalankan peranan yang mana seseorang itu tidak mampu untuk membuatnya dengan sendiri melalui diri atau pihak swasta. Liberalisme telah merebak dengan luasnya di dunia moden yang akhirnya menyebabkan kerajaan-kerajaan dunia moden ini sekurang-kurangnya bercakap (dan tidak semestinya bertindak) mengenai kebebasan peribadi sebagai asas masyarakat.

Perbandingan pengaruh

Pemikir-pemikir awal zaman kebangkitan Eropah membandingkan liberalisme dengan kuasa authoritarian "Ancien Regime", merkantilisme, feudalisme dan Gereja Roman Katolik. Kemudiannya, ahli-ahli falsafah yang lebih radikal mula menerangkan pemikiran mereka semasa Revolusi Perancis. Sepanjang kurun ke-19, liberalisme berdiri dengan berlawanan dengan sosialisme dan komunisme walaupun ahli-ahli liberal moden Eropah pada mulanya membentuk satu pakatan dengan parti-parti politik demokratik-sosialis. Di kurun ke-20, liberalism berdiri menentang totalitarianisme dan kolektivisme. Sesetengah liberal moden telah menolak teori klasikal Perang Adil yang mengutamakan keneutralan dan perdagangan bebas dan sebaliknya menerima campur tangan bersama dan keselamatan bersama.

Liberalisme mengemari campur tangan kerajaan yang minimal. Liberalisme anti-statis yang terlampau seperti yang diperjuangkan oleh Frederic Bastiat, Gustave de Molinari, Herbert Spencer, dan Auberon Herbert pula adalah satu aliran ekstrem yang dikenali sebagai anarkisme (tiada kerajaan) ataupun minarkisme (kerajaan yang kecil, kadang-kala "the nightwatchman state").[9] Aliran anti-kerajaan ini secara amnya dikenali sebagai libertarianisme. Kebanyakan liberal percaya bahawa kewujudan kerajaan adalah perlu untuk melindungi rakyat tetapi makna kerajaan di sini boleh bermaksud hanya satu badan pelindung hak-hak dan kerajaan Weberian. Baru-baru ini, liberalisme mula menentang mereka yang ingin mewujudkan satu masyarakat di mana agama menjadi kuasa tertinggi. Kumpulan-kumpulan Islamisme dan Kristian yang radikal menolak semua pemikiran liberal. Kumpulan-kumpulan berasaskan agama ini selalu melihat undang-undang dan cita-cita liberal selalu bercanggah dengan pendapat mereka.